Koleksi Brg Kemas

Koleksi Mawar

Tercari-cari hadiah istimewa untuk ulang tahun atau sekadar mengidamkan sesuatu yang indah menawan untuk dimiliki? Pilihlah cincin, subang, rantai tangan dan rantai leher yang menawan dengan rangkaian batuan cubic zirconia jernih dan delima sintetik berpotongan pelbagai segi ini untuk melangkah penuh gaya.


Koleksi Seroja

Ciptaan unggul yang menyerlahkan kemewahan sejati. Menampilkan reka bentuk loket yang kelihatan mewah dengan batuan ungu berpotongan markuis indah. Setiap reka bentuk mencerminkan kehalusan seni buatannya yang menjanjikan nikmat pemakaian yang tidak terhingga.


Kolesi Purnama

Pilihan utama setiap masa. Rangkaian ciptaan klasik yang menyerlahkan daya kreativiti yang mempesonakan. Batuan nilam sintetik yang dilingkari batuan cubic zirconia putih berbentuk bunga yang unik. Ia adalah terbaik di sebalik kesederhanaannya. Ciptaan unggul yang harus dimiliki dalam setiap koleksi barangan kemas.

Koleksi Cinta

Ada kalanya isi hati tidak dapat diluahkan dengan bait kata, namun keindahan kiriman yang datang dari jiwa yang tulus dapat menceritakan segala-galanya. Pemberian indah dari HATI... inilah bahasa CINTA!



Koleksi Aysha


Koleksi Marissa

Koleksi Safiya


Koleksi Zayra


Rantai Leher
Karya yang mempesonakan! Koleksi rantai leher menawan dengan reka bentuk menarik untuk menyerlahkan personaliti anda. Tingkatkan ketrampilan diri anda dengan rekaan rantai leher yang pasti menjadi bualan ramai.


Subang
Aneka rekaan untuk dipilih. Subang yang menawan dan menakjubkan untuk dipadankan dengan barang kemas anda. Pilihan hebat daripada pakar yang memahami citarasa anda.

0 comments:

Post a Comment