Penjagaan Diri

kepentingan tidur yang tidak terganggu, mendamaikan dan merehatkan.
Tidur yang baik menjelang malam tanpa sebarang gangguan adalah penting untuk kita semua, tidak kira muda atau tua, lelaki atau perempuan. Mendapat tidur merehatkan secukupnya di malam hari membolehkan kita bergiat lebih baik di siang hari. Sebaliknya, tidur terganggu membawa pelbagai masalah fizikal, mental dan psikologi, termasuk kelesuan berpanjangan, rasa mengantuk sepanjang hari, tidak mampu fokus atau memberi tumpuan kepada tugasan tertentu, tidak dapat membuat keputusan dengan baik, meningkatkan kerisauan dan kemarahan, serta perasaan tertekan. Pelbagai kajian penyelidikan menunjukkan bahawa kekurangan tidur juga menjadikan kita lebih lemah terhadap tekanan darah tinggi, obesiti dan kencing manis.


lapik tilam terapiutik bio-ion contiago


Lapik Tilam Terapiutik Bio-ion Contiago menggunakan kombinasi unik 11 lapisan bahan berkualiti tinggi khas untuk sokongan teguh tetapi lembut pada kepala, servik, tulang belakang dan tubuh serta rekaan berfungsinya melaras kepada kontur tubuh individu, sentiasa melaras-sendiri bagi melegakan titik tekanan dengan poket pengudaraan terbina-dalam dan permukaan busa runcing yang menggalakkan aliran udara bagi permukaan tidur yang lebih selesa. Lapik tilam ini direka cemerlang cengan busa berkualiti tinggi dan bahan-bahan lain seperti Bulu Bebiri Sintetik yang dilitupi fabrik Polipropilena Damask Jacquard menarik dan selesa yang berkualiti dengan perlindungan anti-hama, yang memberikan rasa kemewahan dan kelembutan. Selain membekalkan fungsi-fungsi Sinar Inframerah, Bio-Magnetik, Batu Mineral Jed dan Ion Negatif, ia juga mengandungi Elemen Pemanas Karbon Bertebat berkualiti tinggi untuk haba Terma yang semula jadi selamat dan penting bagi kebaikan yang tiada bandingan dalam mengoptimumkan kesejahteraan semasa anda lena di dalam kerehatan dan keselesaan tidur yang mendalam.


lapik tilam terapiutik bio-ion contiago (king) - PC 3115

lapik tilam terapiutik bio-ion contiago (queen) - PC 3116

lapik tilam terapiutik bio-ion contiago (single) - PC 3117



bantal saintifik contiago


Bangun tidur dengan keadaan tubuh dan minda yang segar dan cergas sepenuhnya! Bantal Saintifik Contiago memberikan kedudukan anatomi yang elok untuk melindungi kepala, tengkuk dan bahu; meningkatkan postur tidur anda; menghilangkan kesakitan di tengkuk dan mengurangkan dengkuran. Sokongan kontur ergonomi khasnya membantu menggalakkan aliran darah yang baik dan penjajaran tulang belakang yang elok bagi mengurangkan keresahan semasa tidur, yang akan menjejaskan kualiti tidur anda. Keseluruhan bantal ini dilitupi fabrik yang memberikan perlindungan anti-hama dan anti-mikrob yang memastikan perlindungan menyeluruh yang bersih buat penggunanya. Pembinaan bantal dengan teras berlapis ini serta tepinya berkontur unik memberikan ketahanan bentuk yang tetap walaupun digunakan dalam jangka masa yang lama. Dengan kombinasi fungsi-fungsi istimewa (Fungsi Batu Mineral Jed hanya tersedia pada Bantal Gred Super Deluxe), Bantal Saintifik Contiago memberikan anda bantal revolusioner yang membawa keselesaan hebat dan tidur mendamaikan yang anda inginkan!


bantal saintifik contiago gred deluxe - PC 3112

bantal saintifik contiago gred premium - PC 3113

bantal saintifik contiago gred super deluxe - PC 3118



bantal peluk saintifik contiago


Tiada yang lebih selesa dan melegakan berbanding tidur dengan bantal peluk kegemaran anda! Bantal Peluk Saintifik Contiago bukan sahaja menawarkan teman yang selesa dan lembut malah berkebaikan dengan menggalakkan dan meningkatkan tidur yang lebih baik. Pembinaan istimewanya termasuk pelbagai tahap busa berkualiti tinggi dengan Magnet Kekal Neodimium Berprestasi Ultra Tinggi dan Magnet Kekal Ferit Berprestasi Tinggi untuk kebaikan fungsi Bio-Magnetik, lapisan fabrik ikatan pintal tidak bertenun yang dirawat khas bagi menghasilkan Ion Negatif dan lapisan fabrik Polipropilena Damask Jacquard dengan fungsi perlindungan anti-hama. Dapatkan lena yang merehatkan, selesa dan nyenyak dengan menggunakan bantal peluk saintifik yang menakjubkan ini supaya anda dan insan yang disayangi memperolehi pengalaman tidur yang sungguh hebat!


bantal peluk saintifik contiago - PC 3114





ciri-ciri istimewa produk contiago


  1. sinar Inframerah Jauh yang dihasilkan melalui fabrik yang dirawat khas dengan Bioseramik dan Batu Mineral Jed berkuasa untuk menggalakkan pertumbuhan dan kecergasan sel hidup pada tubuh manusia. 

  2. fungsi bio-magnetik magnet-magnet Kekal berkuasa yang ditatah ke dalam busa poliuretana membantu meningkatkan penembusan mendalam ke dalam tisu yang akan memberi tubuh tenaga dengan lebih pantas dan lebih cekap bagi mekanisme pemulihan sendiri.  

  3. fungsi terma kombinasi lapisan khas yang dilapisi dengan Elemen Pemanas Karbon Bertebat yang dapat menghasilkan haba terma yang semula jadi selamat dan penting bagi menggalakkan pengaliran darah dan peransang kecergasan sistem tubuh.  

  4. fungsi batu mineral jed dapat memancarkan Ion Negatif, Sinar Inframerah Jauh serta tenaga 'hidup' penting yang dapat menolong meningkatkan fungsi biologi sel tubuh serta meningkatkan aliran darah.

  5.  fungsi ion negatif ion Negatif yang dihasilkan oleh fabrik yang dirawat khas dan Batu Mineral Jed digelar "ion baik" atau "ion gembira" dan ion ini dipercayai dapat memberi tenaga kepada sel tubuh dan meningkatkan sistem imun tubuh. 

  6. keselesaan tulen rekaan berkontur ergonominya yang hebat memberikan sokongan yang baik kepada kepala, tengkuk dan tulang belakang bagi mencegah anda mengalami kesakitan tengkuk di siang hari, dan pada masa yang sama, membantu anda tidur dengan lebih nyenyak di malam hari. 

  7. fungsi anti-hama lapisan mewah fabrik Damask Jacquard dirawat dengan proses rawatan yang menjerihkan bagi memberikan fungsi perlindungan anti-hama yang unik dan berkesan, lantas memberikan anda perlindungan terbaik daripada kebanyakan jenis hama yang ada.


Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa - PC 3111




Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa memberikan salah satu kaedah tradisional yang berkesan untuk memperbaiki kesihatan menyeluruh melalui penyahtoksik sistem limfa melalui tapak kaki. Penyahtoksik sedemikian telah diamalkan sejak sekian lama di Jepun dan Asia manakala penyelidik Jepun telah menyatukan beberapa bahan di dalam pelapik penjagaan kaki ini yang mempunyai keupayaan unik menstimulasi titik refleks dan hujung saraf pada tapak kaki bagi menawarkan peningkatan kesejahteraan tubuh.
Warna Pelapik Penjagaan Kaki Hinokoshiwa akan berubah menjadi kelabu atau hitam dan akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan beberapa jam selepas pemakaiannya, bergantung kepada tahap kandungan toksin yang terkumpul di dalam badan. Ia menunjukkan kandungan toksin di dalam badan telah dikeluarkan menerusi penyerapan keluar pada tapak kaki, iaitu cecair limfa yang tidak diperlukan dan tidak menyihatkan. Selepas penggunaan berterusan, warna yang terhasil akan menjadi semakin cerah, menunjukkan toksin badan semakin berkurangan, imbangan tubuh sebelumnya telah diperolehi semula dan keseimbangan semula jadi yang sihat telah dicapai.




0 comments:

Post a Comment